Tuesday, 29 January 2019

Luggage Dah Dapat. Yeay!

Walaupun waktu aku dapat ni dia terus drop off depan rumah. Tak de sign tak ade apa. Tapi yang penting sekarang ni adalah kondisi beg tu sendiri. Alhamdulillah memang cantik dan berkualiti. Kaler dia pun sebijik macam aku imagine.



Kalau tengok material dia, kaler insyaallah susah nak luntur. Tapi kalau terlanggar sikit dia dah calar. So hati-hati lah. Macam aku tak kisah tapi kalau orang lain yang buat memang patah tengkuk aku kerjakkan. Yang aku suka sebab design dia memang cantik. Ala-ala fingerprint. 


Mula-mula aku pun ingat saiz dia kecik. Tapi sebenanrnya besar weh. kalau nak g travel 4/5 hari pun cukup bawak beg ni ja.


Roda pun okay. Nak kendalikan beg senang.


 Ni bahagian lock dia.

So far pada aku memang takde masalah. Beg ni pun waktu aku beli tinggal dua. Last check haritu tak silap dah habis. Satu lagi, waktu beli beg ni aku ingat nak guna akaun mak aku untuk dapatkan 10% diskaun for new subsriber. Tapi rezeki aku weh dia kata kalau beli kat apps dapat 15% off. Tolak RM 100 dari harga asal. Alhamdulillah.

Lepas ni kalau nak beli apa-apa memang nak beli kat Zalora je. Fashion Valet pun aku ada intai-intai tapi tak confirm lagi duit dah takde. Kalau korang korang suka beli barang online apa dan kat mana. Cuba komen jap kat bawah. Mana tahu boleh sama-sama cuci mata.

 

Thursday, 17 January 2019

Food - Barang Dapur untuk Diet


Waktu cuti haritu aku decide nak beli barang dapur untuk diet. Berat aku dari 59 kg turun 56kg tu pun amik masa dalam dua hari je. Kira berbaloi jugaklah. Harapannya semoga aku terus istiqomah.

1. Minyak Zaitun


2. Rempah ratus.


3. Snack


3. Madu



4. Mayonis


5. Serbuk Coco


6.Roti


7.Brown Rice Vermicelli

8. Spaghetti Wholemeal









Skincare - My Honest Skincare Routine 14/1/2019

1. Face Loofah
Patutnya benda ni tak boleh pakai hari-hari tapi aku pakai jugak sebab kalau nak harapkan tangan je dengan pencuci muka memang tak puas.

2. Berus Mary Kay
Pastu baru aku teringat aku still lagi simpan benda ni. Ikut logik berus Mary Kay ni tak sekuat face loofah yang aku guna. Sebab tu sesuai ia untuk everyday use. Jadi daily memang aku pakai berus mary kay. Time nak scrub je pakai face loofah.





3. Scrub Muka St. Ives
Ini memang favourite aku nak kasi sental semua daki-daki yang ada kat kulit. Tapi baru-baru ni dah keluar dekat instgram sitiawe yang benda ni tak elok. Masalahnya aku dah beli dua kut. Takpelah aku bedal je. Malas nak pk.



4. Mask Olive Green (OG)
Sebelum ni step aku hanya untuk buang kotoran bahagian surface je kan. Kali ni aku nak dia sedut kotoran untuk lapisan paling bawah sekali. Bila kulit aku betul-betul bersih barulah aku pack dengan segala nutrient macam pelembab, serum dan toner.



5. Cetaphil


5. Mask Blue Algae (BA)
Fungsi dia untuk meremajakan kulit. Funny story disebabkan aku suka mask OG dengan BA ni aku beli total sampai empat. Tahu-tahu je dia punya tarikh luput nak dekat. Kau bayangkan dari empat tu satu je yang dah habis. BA aku tu dua dua dah rosak. Nasihat untuk diri sendiri, sebelum beli tanyalah akak tu dulu boleh tak nak mintak yang baru manufacture. So senang. Nak pakai pun lamakan.

6. Toner
Aku sebenarnya target nak beli yang lavender punya. Sebab memang kena dengan kulit aku yg kering tapi lavender haritu dah habis. Belilah yang ni. So far hmmm...... entah lah biasa je toner ni. Tak ada apa yang menarik pun. Yang aku suka adalah isipadu dia besar. Untuk produk organic yang popular dengan harga macam tu pada aku berbaloi. Sebab kalau boleh aku nak kurangkan penggunaan bahan kimia dalam skincare regime aku.

8. Serum
Kadang-kadang aku pakai Dreamy Dazzle (DD), kalau tak DD aku pakai Fountain of Youth (FOY). Pada akulah, walaupun dua-dua best, kulit aku lagi perlukan DD kut sebab dia fokus untuk baiki texture kulit. Bila bangun je kau akan rasa kulit lagi tegang dan sihat. Licin, glowing semua tu memang tak payah citerlah sebab memang itu pun fungsi dia.

9. Pelembab
Untuk bagi lock all the nutrient. Aku kalau pakai serum memang tak ingat dunia. Kadang-kadang aku tidur heret sana sini. Takut seum yang aku letak tu hilang jadi aku buatlah barrier. Bau pelembab ni memang busuk. Disebabkan benda ni berkualiti so aku pk takpe. Busuk pun busuklah. Jadi kulit cantik.

Honestly pakai skincare berkualiti memanglah penting. Tapi mahal-mahal pun tak guna weh kalau tak jaga dalaman. Aku pun tengah slow-slow ke arah healthy lifestyle. Ade orang tu aku tengok cantik je kulit dia tak payah nak fitness, jaga makan bagai. Mostly orang mcm kita ni kena usaha lebih sikit. Rezeki masing-masingkan. :)

Macam kulit aku dengan adik aku. Kulit aku dulu kusam gila.  Yang pernah kena je tahu betapa susah nak hilang. Tapi dia tak sensitif. Hajar pulak kulit dia cantik tapi sensitif so memang selalu lah nampak dia tukar produk sebab tak banyak yang sesuai. 

Itu sahajah dari aku. Kalau ada perubahan aku akan update balik. Thank you.

Tuesday, 15 January 2019

Confession - Introduction

Benda ni aku buat untuk kumpul confession dari orang ramai so that i dont have to worried about uploading mine. Hehehehe.

Pada sapa-sapa yang nak share boleh email kepada

iamforyoubyhr@gmail.com


Challenge - Under Construction

Assalamualikum. Maaf bahagian ni kosong aku tak update apa-apa lagi. Insyallah dalam masa terdekat ni aku akan update.

Monday, 14 January 2019

Travel - Pilihan Luggage Yang Sesuai

Alang-alang dah ada bahagian untuk travel ni apa kata korang suggest kan kat aku luggage apa yang sesuai. Sebab aku pun tengah pening nak pilih yang mana satu. Aku ni takdelah travel sangat. Setakat nak bawak barang balik kampung, duduk rumah sewa kawan tu yelah kan. Mesti korang rasa.. eee poyo je nak beli luggage. Yee memang poyo aku pun rasa geli jugak ni. 

Tapi sebab aku ni kalau gi mana-mana banyak barang nk kena bawak. So aku pk humban je dalam luggage tu, senang. Lagi satu, aku tak suka pinjam barang orang sebab aku pun rasa menyampah gak orang duk pinjam barang aku. Pada aku lebih baik bawak keperluan yang cukup daripada kau jalan lenggang lenggok bawak yang ringan last-last meminta orang jugak. Malu wehhh.

Aku kalau sekali beli memang mahal. Tapi benda ni lah yang aku guna 10, 15 tahun akan datang. Kalau boleh nak lah yang tahan lama kan. Any suggestion boleh drop kat komen nanti aku replay. Terima kasih semua!

Make up - What I Really Think About Make Up

Make up pada aku satu benda yang bahaya sebab dia boleh buat kulit kita jadi kusam. Bibir kita jadi gelap. Contoh paling senang sekali kalau korang compared kelopak mata orang yang tak pernah pakai make up dengan yang pernah pakai. Perasan tak kulit kelopak mata tu macam dah tak anjal. senang berkedut. I dont know how to say exactly but kalau korang perhatikan betul-betul mesti korang akan faham.

Tetapi KEBANYAKKAN mereka yang ada good skincare routine. Pakai produk skincare yang berkualiti. Sangat berdisplin. In my opinion make up for them is such a BLESSINGS.

Sebab diorang masih lagi boleh cantik. Look presentable tanpa jeopardize texture kulit. Aku pun personally suka tengok orang main make up and I really wish to own it one day.

What really stop me untuk tak guna make up adalah sebab waktu diploma hidup aku memang depend 100% dengan BB CREAM. Nak turun cafe pun aku pakai, nak keluar pergi kedai pun pakai. Pergi kelas apatah lagi. Sebab aku takut orang tahu kulit aku sebenarnya tak cantik pun harapkan krim je.

Sampailah aku rasa bila aku pakai make up. People treat me differently and i lost sight of who I am. Jadi aku buat keputusan yang drastik to just GO BARE FACE.

At first memang aku predict orang akan terkejut. Yang paling best tu ada yang tanya, Hawa kau sakit ke. Tapi aku tak kisah. For me lebih baik macam ni dari JADI diri aku yang FAKE.

Now skin aku ade improvement  I am happy the way it is. Selesa dengan perangai aku yang pemalas. tak konsistent. Ini adalah salah satu cara untuk aku start to accept who am I am, and love myself. Most importantly i don't want to take a risk.

Either kita benci ke, suka ke. We cannot denied how it give a give huge impact for people terutamanya women nowadays. As long as it makes you happy. Dont worry about what other people say. Just do you :)

Event - Under Construction

Actually ada banyak event yang aku dah pergi tapi gambar semua aku tak save. Kebanyakkan ada kat Ig. So kalau nak update post kena tunggu event terbaru. Aku minta maaf ya. Tapi ada bahagian yang aku dah update macam Authentic, Skincare. Kalau korang nak tengok boleh usha yang tu dulu. Thank you sebab singgah blog aku. Hope you have a great day.

Aunthentic - Bibir Aku Koyak

Benda ni berlaku waktu aku sem 1 degree kalau tak silap. Mula-mula dia start pecah bahagian tepi. Tapi makin lama makin merebak dekat kawasan lain.


Yang korang nampak ni sebenarnya sikit. Kalau dulu bahagian tepi bibir tu tak sah kalau tak terkoyak. aku kopek kudis esok tu nanti mesti dia tumbuh baru.

Awal-awal tu aku fikir mungkin tak cukup air. So aku minum air banyak-banyak. Tak jalan jugak. Sapu madu, minyak kelapa dara still  tak jalan. Pernah sekali aku tak tahan aku ambil MC terus. pergi jumpa doctor.

Yang aku dapat tu bukan doctor. Entah apa nama dia aku pun tak tahu. So aku citerlah bibir aku kalau start cakap sikit dia akan koyak. Then berdarah. Kau nak tahu dia cakap apa. Dia suro aku buat benda tu. Aku like??? Kau nak suro aku cakap sampai bibir aku koyak berdarah semata-mata nak tunjuk kat kau???

Pastu dia tanya aku pakai lip balm apa. Aku cakaplah pakai lip balm organik. Dia kata stop semua lip balm tu nanti dia bagi krim untuk bibir. Mula-mula aku sedih jugak sebab aku dah sapu macam-macam kut. Aku syak dia suro pakai dulu. Kalau bibir teruk jugak baru jumpa balik.

So anyway.....

Dah nak dekat dua sem macam tu barulah bibir aku elok balik. Dan alhamdulillah cantik. Tapi through out the process memang banyak kata-kata nista yang aku dapat dari family, kawan-kawan dan masyarakat.

1. Aku tengok kulit bibir kau tu dah macam tak ada kulit dah hawa. Macam kena siat. Dengan nada yang menyalahkan aku as if aku yang minta bibir aku jadi macam tu.

3. Ada yang cakap bibir aku koyak sebab dosa aku dulu.Hmmmmm. Yelah kan. Kalau nak diikutkan rasa nak pijak je muka orang yang cakap ni tapi aku sedar diri aku sebenarnya lembik. Tak kuat nak pukul-pukul orang.

2. Aku suka upload benda yang berkaitan dengan kecantikan . Orang expect, Oh, nanti buatlah produk macam lip scrub. Kau kan ada benda macam tu. Ye, kalau dah lama jadi, kau fikir aku masih deal dengan masalah bibir ni lagi ke. 

Bila aku dapat kata-kata macam ni bukan aku tak nak menjawab tau. Tapi aku terkejut. Sebab cara kau tu macam expect aku ni tuhan, padahal benda-benda macam ni aku tak boleh nak kawal.


Ni gambar bibir aku yang sekarang. Pernah ada sorg kawan aku ni jumpa kau kat farmasi . Cakap bibir dia pun pecah jgk. Dia cuba macam-macam, tapi still tak jadik. 

Dia tanya aku macam mana nak hilang sebab dia perasan awal-awal sem dulu aku ada masalah macam ni jugak.



Entahlah weyh. nak kata hilang sebb guna cetain produk tak jugak. Nak kata sebab makanan aku pun tak perasaan. Bagi aku, aku cuba ja dulu pastu lama-lama nanti dia akan hilang.